Wednesday, August 3, 2011

f l o r i a :: p u t r a j a y a

@ floria 2011 dok belek2 pokok kot ada yg bkenan di hati..suami hadiahkan 2 pokok anggerik kat kiter satu ungu satu kuning..semoga tangan ni dapat mnyuburkan tanaman la. kena bela dulu baru tau hasilnya kan

tengok la si kecik tu x boleh nak lekang dari tngan kita lau tak memang berlari aje lah dia...sup sap sup sap ...jenuh kejar


siap ada firework lagi...jom taun depan ada g..!!

Thursday, December 30, 2010

THE WAY I MAKE IT......

sesiapa yang telah mempunyai anak kecil pastinya melakukan yang terbaik buat anak kecilnya sewaktu daru dalam kandungan hinggalah melahirkan dan membesarkan..ini ada sedikit experience yang ingin sal share sewaktu kehamilan yang pertama, inipon sebab sal banyak membaca n dapatkan info dari pada majalah pa&ma memang berbaloi. di awal usia kehamilan sal mmg disarankan amik ubat2 yang diberikan oleh doktor such as asid folik, vit b, c..almaklumlah sal disahkan mempunyai anemia iaitu kekurangan sel darah merah atau zat besi,,mana taknya semuanya diserap oleh sikecik dalam pewot ni c mummy dia asik lemah n x bermaya je. instead of that sal makan jugak obimin iaitu multivitamin yang lengkap utk ibu mengandung paling bagus utk tambah darah sbb sal mmg malas nak telan hati ayam ke, bayam ke, kerang ke untuk tambah darah setiap hari...erm rasa meloyakan. sal ikuti jugak tips dari majalah pa&ma supaya amalkan makan pil minyak ikan bagus untuk perkembangan otak bayi,,mmg rasa mual tp telan jugak..apa yang sal masih ingat sal ada juga beli gamat spirulina utk mencantikkan kulit bayi, banyakkan makan kismis, badam, kurma dan x lupa air zam zam. selain daripada makanan sal x lupa mengamalkan surah2 dari alquran yang bagus kita perdengarkan utk bayi kita dalam kandungan, kalau x dapat baca sekalipon sal akan pasang melalui handset dan dekatkan dengan perut. sewaktu usia kandungan masuk 6 bulan , sal mengalami sedikit komplikasi sakit2 pada bahagian ari2 n sal terus jumpa doktor pakar nak check manala tau ada tak kena dengan kandungan kan. time tu jugak sal dapat scan jantina anak, doc cakap kat papa nye '' awak nampak tak pistol anak awak?'' heheh kelakar n seronok sgt, sbb kebiasaan sal scan kat klinik biasa mmg susah nak nampak, hanya naluri merasakan bahawa anakku lelaki. memang seronok sbb my hubby mmg mahukan babyboy alhamdulillah termakbul.doc cakap kawasan servik dijangkiti kuman mungkin sebab bila kita gunakan 'jamban duduk'mmg mudah la kena,,lepas doc kasi ubat terus baik, syukur. waktu kandungan 6 bulan jugak sal n hubby mula beli pakaian baby,,rm600++ jugak la,,and then masa usia kandungan 7 bulan sal buat lenggang perut di kg . itu amalan yang dilakukan sebelah suami lah...xda apa pon cuma sal akan dimandikan dengan air jambi n disuruh mengamalkan minum air basuhan rambut kita sendiri 3 kali utk memudahkan bersalin. mak mertua pon ada buat minyak selusuh ''thanks mak''....untuk kita minum n sapu pada perut bila kita dah sakit2 nak bersalin.tp time sakit tu mmg dah x ingat nak minum air selusuh yang ada dalam otak hanya nak k hospital...heheh,,9 bulan tugas sal berulang alik ke klinik, itu lah rutin ibu mengandung, berat badan mencecah 80kg dari 50 kg...fuhh mmg berat gila. bila dah mengandung ni kaum ibu mmg x kan lari dari sakit pada bahagian tapak kaki, nak berjalan sakit dan penat sgt. hari2 nak suh hubby massage ,,sbb mmg meletihkan. nak solat pon sakit, lebih2 lagi bila nak rukuk n sujud, waktu tu sal cuma solat duduk je allah je yang tahu apa yang kita alami.

simanja cepat membesar...........

si manja cepat je membesar dari x mngenali sesape, pandai tersenyum, merangkak, sampai skang dah pandai panjat sofa dan lompat ke bawah...masyallah, allah je lah yang tahu kan

dari tapak kaki sebesar 2 jari.........

SEBELUM AKU MELAHIRKAN, AKU TELAH BERBUAL-BUAL BERSAMA ANAKKU SAMBIL MENGGOYANG-GOYANGKAN PERUTKU, AKU BERITAHUNYA AKU SANGAT TIDAK SABAR UNTUK MELIHATNYA DAN AKU MAHU DIA MENEMANIKU PABILA SUAMI KELUAR BEKERJA. MALAM ITU AKU TIDAK DAPAT TIDUR LENA KERANA PERUT TERASA SAKIT DAN SESAK NAFAS, SEHINGGA SUBUH AKU BANGUN UNTUK BERSIAP UNTUK KE PEJABAT, SEWAKTU HENDAK MANDI AKU DAPATI KELUAR LENDIR KEMERAHAN DAN PERUTKU PULA SEMAKIN SAKIT. AKU TERUS MENGHUBUNGI SUAMI DAN MEMAKLUMKAN PERKARA ITU DAN SUAMI BERGEGAS MEMBAWA KU KE HOSPITAL. PADA 11.06.09 JAM 1315 TENGAHARI AKU SELAMAT MELAHIRKN ANAK SULUNGKU DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA, BANGSAR. ANAKKU DILAHIRKAN SEBERAT 2.73KG..SAAT KELAHIRANNYA SGT MENYAKITKN, AKU JD CEMAS KERANA TERLALU BYK SOALAN DIAJUKAN DOKTOR TTG DIRIKU, KERANA KAMI LANGSUNG TIDAK MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MELAHIRKAN ANAK DI HOSPITAL BERKENAAN. SUAMI PULA TIDAK DBENARKAN MASUK, AKU MENGERANG KESAKITAN SEORANG DIRI..SAMBIL BDOA DI DALAM HATI AGAR BAYIKU DILAHIRKAN DENGAN SELAMAT .AKU MULA SAKIT PINGGANG TERAMAT SANGAT, TERASA DAHAGA..DAN SESAK NAFAS. DISEKELILINGKU WAKTU ITU TERDAPAT RAMAI DOKTOR DOKTOR PELATIH BERBANGSA INGGERIS, ARAB , CINA YANG BANYAK MEMBERI AKU SOKONGAN DAN MENENANGKAN KU  .SAAT AIR KETUMBAN DIPECAH SANGAT  MNYAKITKAN..TERASA  PANAS DAN MENGALIR DERAS., MEREKA CAKAP LAG SEJAM AKU AKAN MELAHIRKAN KERANA BUKAAN BARU 3CM..AKU TERDENGAR SUARA ORG MNGERANG DI BILIK SEBELAH..SEMUA ORANG PERGI PADANYA..HANYA SEORANG JURURAWAT SETIA MENJAGAKU. TIBA AKU TERASA SEMAKIN SAKIT DAN MERASAKAN KEPALA BAYI MULAI TURUN, AKU  MENJERIT SEKUAT HATI BERITAHU KEPALA BAYI HAMPIR KELUAR. SEMUA DOKTOR KEMBALI MENGERUMUNI AKU BERITAHU BUKAAN DAN MCAPAI 6CM..AKU AKAN MELAHIRKAN X LAMA LG..SEMUA ORANG MGHAMPIRIKU N MINTA AKU PUSH KUAT2...AKU DIBERI BANTUAN ALAT PERNAFASAN DAN SEMAKIN AKU MENERAN AKU SEMAKIN KELETIHAN DAN DAHAGA  AKU SEMPAT TERTIDUR SEKEJAP KERANA TERASA SANGAT KELETIHAN NAMUN AKU TERSEDAR DAN TERUS MENERAN LAGI, AKHIRNYA..PUSH AKU YG TERAKHIR ANAKKU PON SELAMAT  DILAHIRKAN..DOCTOR  MENGANGKATNYA DAN MENUNJUKKAN PADAKU ..ANAKKU LELAKI..AKU MENMDAKAPNYA DISISIKU, DIA MERENGEK-RENGEK MANAKALA BADANNYA PUCAT DAN BERLENDIR .KEMUDIAN ANAK KU TELAH DI AMBIL OLEH JURURAWAT UNTUK DIMANDIKAN. AKU DIBAWA MENAIKI KATIL SORONG KE WAD..AKU LIHAT SUAMI KU SEDANG SETIA MENUNGGU DI TEMPAT DUDUKNYA..DIA MENGHAMPIRIKU..DIA BERITAHU DIA TELAH MELIHAT ANAK KAMI ..DAN TELAH MENGAZANKANNYA. AKU TERTANYA2 DI MANAKAH ANAKKU..PADA JAM 7.30 MALAM MISI DATANG MEMBAWA ANAKKU..AKU PANGKU ANAKKU DISISIKU..PERTAMA KALI AKU LIHAT DIA MEMBUKA MATA..N PADA MASA TU AIR MATA KU MENGALIR TERHARU DENGAN KURNIAAN ILAHI PADAKU..CUKUP INDAH..CUKUP SEMPURNA..CUKUP ISTIMEWA..DIA SGT KECIL..KURUS..TP KULIT NYA SGT CERAH KEMERAHAN..KEESOKANNYA AKU DIKELUARKAN DARI WAD..KELUARGA KU TURUT DATANG UNTUK MELIHAT KELAHIRAN CUCU SULUNG MEREKA, AKU DAN SUAMI  BERBINCANG APAKAH NAMA UNTUK ANAK SULUNG KAMI..? LALU KAMI MENGHANTAR UNDIAN NAMA KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA..AKHIRNYA SETELAH MENDAPAT UNDIAN TERTINGGI RAMAI YANG MEMILIH NAMA YANG PALING SEDAP DAN SESUAI .SUAMIKU MELETAKKAN NAMA MUHAMMAD HARITH WAFIQ BERMAKSUD KUAT BERUSAHA BERJAYA



                                                                                                                                                              ( ZSAL ) , KUALA LUMPUR

kekanda dan anakanda tercinta

ini wajah kekanda dan anakanda ku paling aku cintai..they complete everything. tiada apa yang lebih bahagia bila seorang wanita mempunyai seorang lelaki yang memperisterikannya lalu melahirkan zuriat yang sempurna lagi soleh buat suami yang mengasihinya inilah keluarga bahagia