Thursday, December 30, 2010

THE WAY I MAKE IT......

sesiapa yang telah mempunyai anak kecil pastinya melakukan yang terbaik buat anak kecilnya sewaktu daru dalam kandungan hinggalah melahirkan dan membesarkan..ini ada sedikit experience yang ingin sal share sewaktu kehamilan yang pertama, inipon sebab sal banyak membaca n dapatkan info dari pada majalah pa&ma memang berbaloi. di awal usia kehamilan sal mmg disarankan amik ubat2 yang diberikan oleh doktor such as asid folik, vit b, c..almaklumlah sal disahkan mempunyai anemia iaitu kekurangan sel darah merah atau zat besi,,mana taknya semuanya diserap oleh sikecik dalam pewot ni c mummy dia asik lemah n x bermaya je. instead of that sal makan jugak obimin iaitu multivitamin yang lengkap utk ibu mengandung paling bagus utk tambah darah sbb sal mmg malas nak telan hati ayam ke, bayam ke, kerang ke untuk tambah darah setiap hari...erm rasa meloyakan. sal ikuti jugak tips dari majalah pa&ma supaya amalkan makan pil minyak ikan bagus untuk perkembangan otak bayi,,mmg rasa mual tp telan jugak..apa yang sal masih ingat sal ada juga beli gamat spirulina utk mencantikkan kulit bayi, banyakkan makan kismis, badam, kurma dan x lupa air zam zam. selain daripada makanan sal x lupa mengamalkan surah2 dari alquran yang bagus kita perdengarkan utk bayi kita dalam kandungan, kalau x dapat baca sekalipon sal akan pasang melalui handset dan dekatkan dengan perut. sewaktu usia kandungan masuk 6 bulan , sal mengalami sedikit komplikasi sakit2 pada bahagian ari2 n sal terus jumpa doktor pakar nak check manala tau ada tak kena dengan kandungan kan. time tu jugak sal dapat scan jantina anak, doc cakap kat papa nye '' awak nampak tak pistol anak awak?'' heheh kelakar n seronok sgt, sbb kebiasaan sal scan kat klinik biasa mmg susah nak nampak, hanya naluri merasakan bahawa anakku lelaki. memang seronok sbb my hubby mmg mahukan babyboy alhamdulillah termakbul.doc cakap kawasan servik dijangkiti kuman mungkin sebab bila kita gunakan 'jamban duduk'mmg mudah la kena,,lepas doc kasi ubat terus baik, syukur. waktu kandungan 6 bulan jugak sal n hubby mula beli pakaian baby,,rm600++ jugak la,,and then masa usia kandungan 7 bulan sal buat lenggang perut di kg . itu amalan yang dilakukan sebelah suami lah...xda apa pon cuma sal akan dimandikan dengan air jambi n disuruh mengamalkan minum air basuhan rambut kita sendiri 3 kali utk memudahkan bersalin. mak mertua pon ada buat minyak selusuh ''thanks mak''....untuk kita minum n sapu pada perut bila kita dah sakit2 nak bersalin.tp time sakit tu mmg dah x ingat nak minum air selusuh yang ada dalam otak hanya nak k hospital...heheh,,9 bulan tugas sal berulang alik ke klinik, itu lah rutin ibu mengandung, berat badan mencecah 80kg dari 50 kg...fuhh mmg berat gila. bila dah mengandung ni kaum ibu mmg x kan lari dari sakit pada bahagian tapak kaki, nak berjalan sakit dan penat sgt. hari2 nak suh hubby massage ,,sbb mmg meletihkan. nak solat pon sakit, lebih2 lagi bila nak rukuk n sujud, waktu tu sal cuma solat duduk je allah je yang tahu apa yang kita alami.

No comments:

Post a Comment